Western Cafe Murah Dan Sedap KL (Serendah RM5.90!)

MENU KAT SINI CUMA DARI RM5.90 JE 😱

Kalau korang kaki western sejati, korang patut cuba steak, lamb, pasta kat sini. Nyam!

Sorang nak nasi, sorang lagi nak pasta??

Tak ada masalah langsung! Di Eye’s Steak, kedua-duanya ada. Jangan gaduh-gaduh lagi 😂

Jom cekidaut menu baru di Eye’s Steak guys!
.
🍴 Lamb with Fried Rice
🍴 Chicken Grill with Fried Rice
🍴 BBQ Skewer with Fried Rice
.
Yang penting nasi ni tak ada kat tempat lain. Bukan biasa biasa ni 😱😱
.
EYE’S STEAK I MONDAY OFF I 6PM – 12AM
.
🚘 WAZE: EYE’S STEAK – PANTAI DALAM

 

Advertisements

Team Warong Hunter Di Eye’s Steak

BARU-BARU ini, team Warong Hunter telah berkunjung ke Eye’s Steak di Pantai Dalam untuk mencuba makanan-makanan yang terdapat di sini. Saudara Ran Hashim Raja Lawak  iaitu pengacara pada hari itu telah sudi mencuba beberapa menu antaranya T-Bone Steak, Aglio Olio Prawn Pasta dan Chicken Chop. Alhamdulillah. Komen yang diberikan amat baik. Begitu juga dengan komen-komen dari pelanggan-pelanggan yang datang pada hari tersebut. Korang memang awesome! Di antara komen-komen tersebut adalah:

Sedap lah! Serius memang sedap! Dengan harganya yang berpatutan.

Memang patut cuba!

Stik sangat juicy! Memang sedap!

Sedap dan berpatutan. Portion juga bersesuaian dengan harga!

Eye’s Steak sentiasa mengambil kira pandangan dan komen membina dari para pelanggan. Bagi kami, pelanggan adalah raja dan berhak mendapatkan makanan yang terbaik bersesuaian dengan apa yang mereka telah belanjakan. Tanpa pelanggan, siapalah kami. Adalah menjadi sesuatu yang menyeronokkan apabila melihat Eye’s Steak berkembang maju sedikit demi sedikit  dari segi rasa dan perkhidmatannya. Pada kami, proses itu tidak akan berakhir begitu sahaja.

Berikut adalah di antara menu-menu lain yang terdapat di Eye’s Steak:


Jom saksikan video penuh yang dirakamkan oleh team Warong Hunter ini di sini . Selamat menonton dan teruskan menyokong!