KENALI KAMI

EYE’S STEAK adalah sebuah perniagaan yang dimiliki sepenuhnya oleh Bumiputera Islam. Kami menawarkan pelbagai rangkaian makanan barat yang terdiri daripada stik, pasta dan burger dengan kualiti premium pada kadar harga yang amat berpatutan. Konsep Halalan Toyyibah menjadi keutamaan kami di dalam setiap proses penyediaan produk makanan. Sama ada di restoran mahu pun di kilang, kebersihan makanan amat dititikberatkan. Adalah menjadi matlamat kami untuk menjadi pembekal serta penyedia makanan barat yang berkualiti tinggi serta terjamin mutu kebersihannya.

Rangkaian EYE’S FROZEN FOOD pula kami bawakan bagi kemudahan pelanggan yang kesuntukan masa untuk menyediakan hidangan barat yang sempurna. Ia semudah ABC, dan hanya memerlukan masa penyediaan dan tenaga yang minimum. EYE’S SAUCE pula ibarat pelengkap hidup anda. Ditampilkan dengan 2 pilihan sos iaitu sos cili dan sos blackpepper, membuatkan hidangan stik dan ayam anda kini benar-benar sempurna!

Advertisements