Produk Sos Cili EYES: Usaha Pengasas Eye’s Steak Keluar Dari Zon Selesa

PENGASAS Eye’s Steak, Encik Halim (Ayie) berpandangan bahawa penghasilan produk Sos Cili Eyes adalah sebagai salah satu langkah untuk keluar dari zon selesa. Menurutnya, meskipun jenama Eye’s Steak semakin mendapat tempat di hati penggemar makanan Western di Lembah Klang, beliau tidak mahu berasa terlalu selesa. Bagi beliau, dunia perniagaan bukanlah seperti di atas trek yang ada garis penamat.

Produk SOS CILI EYES ini merupakan produk makanan pertama beliau yang telah diusahakan bermula awal Mac yang lalu.

eye's sauce

Produk kami ini dihasilkan dengan menggunakan cili dan bawang putih yang terpilih dan berkualiti. Meskipun kami masih memproses sos ini secara manual, kami yakin ia bukanlah batu penghalang untuk menghasilkan produk yang bersih, dan mempunyai standard yang tinggi. Paling penting ialah sos cili ini 100% halal.

Beliau percaya bahawa setiap yang besar bermula dari sesuatu yang kecil. Beliau juga optimis bahawa produknya mampu menjadi salah satu produk mesti beli di Malaysia pada suatu hari nanti.

Saya bersyukur kerana dapat memanfaatkan segala ilmu pengetahuan dalam bidang keusahawanan yang diperolehi menerusi Graduate Entrepreneur Incubation Programme (PIUS) di bawah seliaan Centre For Entrepreneur Development And Research (CEDAR) dan anjuran SME Bank yang saya hadiri pada tahun 2015.

Memandangkan kapasiti pengeluaran sos cili Eyes buat masa ini adalah terhad akibat dari ketiadaan mesin berkapasiti tinggi, beliau terpaksa melakukan pemasaran secara kecil-kecilan dengan menyertai pameran makanan dan usahawan di sekitar Kuala Lumpur sahaja.

Bercakap tentang perancangan beliau pada masa akan datang, beliau kini sedang dalam usaha mendapatkan dana untuk membeli mesin memproses sos yang berkuasa tinggi sebelum memberi fokus terhadap pemasaran Sos Cili Eyes secara fizikal menerusi jualan di kedai-kedai runcit dan pasar raya di seluruh Malaysia. Tambah beliau lagi, pengeluaran stok baru sos cili Eyes dijangka akan dikeluarkan pada akhir Mei 2016.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s