Team Warong Hunter Di Eye’s Steak

BARU-BARU ini, team Warong Hunter telah berkunjung ke Eye’s Steak di Pantai Dalam untuk mencuba makanan-makanan yang terdapat di sini. Saudara Ran Hashim Raja Lawak  iaitu pengacara pada hari itu telah sudi mencuba beberapa menu antaranya T-Bone Steak, Aglio Olio Prawn Pasta dan Chicken Chop. Alhamdulillah. Komen yang diberikan amat baik. Begitu juga dengan komen-komen dari pelanggan-pelanggan yang datang pada hari tersebut. Korang memang awesome! Di antara komen-komen tersebut adalah:

Sedap lah! Serius memang sedap! Dengan harganya yang berpatutan.

Memang patut cuba!

Stik sangat juicy! Memang sedap!

Sedap dan berpatutan. Portion juga bersesuaian dengan harga!

Eye’s Steak sentiasa mengambil kira pandangan dan komen membina dari para pelanggan. Bagi kami, pelanggan adalah raja dan berhak mendapatkan makanan yang terbaik bersesuaian dengan apa yang mereka telah belanjakan. Tanpa pelanggan, siapalah kami. Adalah menjadi sesuatu yang menyeronokkan apabila melihat Eye’s Steak berkembang maju sedikit demi sedikit  dari segi rasa dan perkhidmatannya. Pada kami, proses itu tidak akan berakhir begitu sahaja.

Berikut adalah di antara menu-menu lain yang terdapat di Eye’s Steak:


Jom saksikan video penuh yang dirakamkan oleh team Warong Hunter ini di sini . Selamat menonton dan teruskan menyokong!

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s