Jadi Berjaya Atau Biasa-Biasa : Suatu Pilihan Mudah

KISAH kejayaan adalah sesuatu yang menarik untuk dikongsikan. Sesiapa saja mampu untuk menjadi orang yang berjaya kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Kata orang, kalau nak berjaya kenalah berguru dengan orang yang berjaya juga. Namun, jangan tersalah pilih ya, takut-takut bergurukan orang biasa-biasa yang hanya tin kosong!

Hakikat yang korang perlu tahu, terdapat banyak perbezaan di antara orang biasa dan orang yang berjaya. Nak kenal orang yang berjaya sangat mudah.

Berikut adalah 8 tips penting yang perlu korang tahu:

  1. Orang biasa sibuk bercakap tentang hal orang lain, tetapi orang berjaya sibuk bercakap tentang idea-idea baru. Bergosip dan mengumpat memang tak asing lagi di kalangan orang yang biasa-biasa ni. Sudah lah tidak membantu, sibuk pula bercakap hal yang tidak baik tentang orang lain. Yang pastinya mereka tidak senang duduk dengan setiap apa yang orang lain lakukan. Ada saja yang tidak kena! Apa yang orang berjaya lakukan? Mereka sibuk mencari dan membincangkan idea-idea yang mampu menambahbaik nilai hidup mereka. Orang yang berjaya suka membincangkan tentang rancangan, matlamat dan aspirasi sesama mereka untuk melakukan sesuatu yang lebih baik di dalam hidup mereka. Jadi, please say NO to gosip!
  2. Orang biasa cuma menetapkan matlamat, orang berjaya melaksanakan rancangan yang terperinci untuk mencapai matlamat. Orang yang berjaya sentiasa menetapkan matlamat yang henda dicapai. Bukan itu saja, mereka turut merangka pelbagai langkah dan tindakan yang perlu mereka lakukan untuk mencapai matlamat tersebut. Setiap langkah dan pelan itu dibuat setiap hari, setiap minggu, bulanan, malah secara tahunan. Orang biasa hanya menetapkan matlamat, dan tiada langkah-langkah yang sewajarnya diambil bagi mencapai matlamat itu.
  3. Orang biasa merungut tentang kesusahan hidup, orang berjaya mencari jalan keluar dari kesusahan hidup. Kadang-kadang kita merasakan takdir hidup kita sentiasa tidak adil. Lalu kita pun merungut-rungut tanpa merasa bertanggungjawab untuk mengatasinya. Awas jika anda sentiasa merasa tidak puas hati jika orang lain hidup lebih baik dari anda kerana anda mungkin terdiri dari orang biasa-biasa. Kita seharusnya sedar bahawa setiap orang menghadapi tahap dugaan yang berbeza. Orang kaya kadang kala diuji dengan kesihatan yang kurang memuaskan. Orang susah pula diuji dengan sukarnya mencari sesuap nasi. Kita tidak mampu menghalang takdir ini namun, kita boleh ubah cara bagaimana menghadapi halangan-halangan ini. Inilah sikap orang berjaya, sentiasa mencari alternatif dan penyelesaian.
  4. Orang biasa tetap pada rutin harian yang menjadi kebiasaan, orang berjaya suka menetapkan budaya hidup sendiri. Peraturan diwujudkan untuk mengawal tingkah laku manusia, bukan membantu. Orang biasa takut untuk melakukan perkara di luar norma norma kebiasaannya dan sentiasa mengikut peraturan. Seringkali mereka bertanya tentang pendapat orang lain dan tidak yakin dengan diri sendiri. Namun bergitu, orang berjaya sangat jauh berbeza. Mereka lebih suka mencipta dan menguji undang-undang dan peraturan sendiri. Mungkin hasilnya berbeza, namun ia penting untuk membantu menghasilkan keputusan lebih baik di lain masa dan tidak mengulangi kesilapan sama.
  5. Orang biasa mengimpikan kehidupan yang baik di masa hadapan, sedangkan orang berjaya mencipta kehidupan yang baik. Semua orang mengimpikan kehidupan yang sempurna. Lebih gembira. Lebih kebebasan. Bebas dari kekangan kewangan dan masalah kesihatan. Orang biasa akan teruskan bermimpi. Manakala orang yang berjaya tidak membuang masa untuk bermimpi lagi. Mereka lebih suka bertindak, menukarkan fantasi menjadi realiti.
  6. Orang biasa membiarkan pemikiran negatif menguasai mereka, sedangkan orang berjaya mempengaruhi orang lain tentang pemikiran mereka. Setiap orang mesti ada pemikiran negatif yang terlintas dibenaknya. Ia adalah lumrah manusia dan bagaimana otak manusia berfungsi. Malangnya, kebanyakan orang menjadikan pemikiran negatif itu sebagai kebenaran mutlak dan membiarkannya menentukan masa depan mereka. Orang berjaya sentiasa berhati-hati dengan pemikiran mereka, sentiasa memikirkan kesan dan akibat. Mereka membiarkan pemikiran mereka bekerja untuk mereka, dan tidak menentang mereka. Abaikan pemikiran negatif dan mulakan berfikir positif.
  7. Orang biasa suka menilai orang lain, sedangkan orang berjaya hanya suka menilai diri mereka sendiri. Sikap suka menilai orang lain adalah perangai yang buruk! Inilah perangai bagi kebanyakan orang biasa. Mereka membuang masa dengan menilai kehidupan orang lain, berbanding menyumbangkan sesuatu yang bermakna kepada dunia. Orang berjaya juga menilai orang lain. Namun, perlu diingat mereka menggunakannya sebagai senjata untuk melakar kesimpulan tentang kehidupan mereka.
  8. Orang biasa mahu jadi lebih baik dari orang lain, sedangkan orang berjaya mahu lebih baik dalam diri mereka sendiri. Seringkali, manusia membandingkan diri mereka dan orang lain. Hasilnya, mereka menjadi kurang berkeyakinan tinggi. Mereka mengharapkan impian mereka dapat dicapai melalui pencapaian orang lain. Namun begitu, orang yang berjaya terdorong untuk menjadi lebih baik dari semalam. Malah, mereka juga mengharapkan orang lain turut berjaya.

 

Jadi, mahu jadi biasa-biasa atau luarbiasa? Itu pilihan anda!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s